Tuesday, December 6, 2011

nikon nikkor AF-D 60mm f2.8 macro 1:1

Lens nikkor berkeupayaan macro 1:1 ini mampu menghasilkan imej yang amat baik. dengan reproduksi warna yang menarik. kewujudan aperture ring membolehkan anda memanipulasi lens ini secara full manual. penggunaan extension tube pada lens ini juga akan membantu anda mendapatkan hasil reproduksi gambar melebihi skala 1:1!

bukaan aperture f2.8 juga meletakkan lens ini dalam kategori lens yang amat sesuai untuk portret. dengan ciri - ciri bokeh yang jelas, subjek anda dapat dipisahkan dari background dengan berkesan. Ia juga amat sesuai untuk low light photography.


condition: 7/10. terdapat sedikit fungus, namun ia tidak menganggu kualiti imej. contoh gambar yang diambil menggunakan lens, tanpa sebarang editing.







harga: rm850 highly negotiable. berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com. cod area kajang, bangi, putrajaya.

Tokina 11-16mm f2.8 nikon mount

merupakan lens ultra wide angle yang sangat hebat. dengan kualiti optikal yang mengagumkan, lens ini juga mampu beraksi dengan baik dalam keadaan low light seperti keadaan dalam bangunan atau waktu malam, hasil daripada bukaan aperture maksima f2.8.

kebolehan ultra wide angle lens ini juga membolehkan anda mengambil gambar di tempat2 yang mempunyai kawasan yang terhad, seperti dalam rumah pengantin, celahan bangunan, etc. Ultra wide angle lens ini juga mampu memberikan perspektif yang berbeza dalam pengolahan fotografi anda. 



condition; 9/10. outlook 9/10. nikon mount.

pakej termasuk; lens, original hood, cap depan, belakang, kotak asal. slim uv filter 77mm. 

harga; rm1850 nego. berminat, sms ke 0142676204 atau emel ke nukeaf@gmail.com. 

COD di kuala terengganu, kajang, bangi, putrajaya. 

---------------------------------------------------------------------------

SOLD. tq :)

Friday, October 14, 2011

Nikon Af-s 18-105mm VR




Dengan lingkungan zoom dari 18mm(wide) ke 105mm(telephoto), lens ini mampu memberikan anda fleksibiliti dalam fotografi anda!

Dilengkapi dengan fungsi vibration reduction, ia mampu mengurangkan gegaran pada setiap gambar yang anda ambil, seterusnya menghasilkan gambar yang lebih jelas dan "sharp"

Dengan enjin motor af-s, ia mampu autofokus pada body nikon seperti d40, d40x, d60, d3000, d3100, d5000, d5100 dan seterusnya tanpa sebarang masalah.

Gambar asal lens, dan contoh gambar yang diambil dengan menggunakan nikon d90, tanpa sebarang editing.

RM770(nego). berminat, sms ke 0142676204-imran.

COD di gong kapas, kuala terengganu.

---reserved untuk cod---

---Lens telah dijual kepada encik MZ dari cabang tiga, terengganu--

Tuesday, March 8, 2011

Nikon AF nikkor 24-120 f/3.5-5.6 "streetsweeper"

Nikon AF nikkor 24-120 f/3.5-5.6 "streetsweeper" untuk dijual.




lens ini mempunyai focal range yang sangat efektif untuk digunakan sebagai street lens, dan telah mendapat name tersebut dikalangan pengguna nikon. Merupakan lens full frame atau FX, ia juga boleh digunakan pada kamera DX.

Lens tidak mempunyai motor, kerana ia dibuat untuk pengguna kamera FX yang biasanya menggunakan kamera dengan motor pada body kamera. walaubagaimanapun, lens ini juga boleh digunakan pada kamera DX seperti d70,d70s,d80,d90,d7000,d300,d300s. ia juga boleh digunakan pada body kamera d3000/d3100, tetapi tidak mempunyai fungsi autofokus.

beberapa keping gambar contoh yang diambil dengan menggunakan lens ini, tanpa sebarang editing melainkan resize.

-pengolahan warna yang sangat baik




-bokeh yang menarik


-juga sesuai untuk landscape mahupun nature candid






-jarak focus "close-up" yang dekat



pakej termasuk: lens, original hood, original lens cap, kotak



harga: rm800

COD di area Kuala Terengganu, atau poslaju ke seluruh malaysia, tambah rm15.

Thursday, February 17, 2011

nikon AF-S 18-135mm f3.5-5.6

Satu lens seperti di atas untuk dijual.



Lens yang mempunyai jarak focus (focal length) yang sangat efektif, dari 18mm (wide angle) ke 135mm (telephoto).

kebolehan lens ini untuk mengambil gambar wide angle akan memberikan perspektif yang menarik pada gambar anda, terutamanya pada gambar pemandangan, lanskap, dan "cityscape". anda juga boleh menggunakan wide angle perspektif untuk menghasilkan gambar yang kreatif.



pada jarak zoom 135mm, anda boleh zoom pada subjek anda untuk menghasilkan kesan komposisi yang lebih menarik. anda boleh mengambil gambar haiwan liar dari jarak jauh, tanpa menyebabkan kehadiran anda disedari.

lens ini mempunyai pengolahan warna yang sangat jelas, menyebabkan ia terpilih sebagai kit lens beberapa model kamera nikon yang terkemuka (seperti nikon d80). Ia juga mempunyai built-in motor ~ lens ini boleh autofokus pada sebarang model DSLR nikon.

condition:9/10. zoom masih smooth, dan AF motor berfungsi dengan baik. Tiada sebarang calar atau fungus pada optik lens. outlook 8/10.

Contoh gambar yang diambil menggunakan lens ini, tanpa sebarang editing melainkan resize untuk memudahkan proses upload.











pakej termasuk ; lens, original cap depan, belakang, nikon lens pouch, dan nikon hood.

harga; -sold-. COD kuala terengganu. untuk penghantaran, tambah rm10.

Berminat, sms ke 0142676204-imran, atau emel ke nukeaf@gmail.com.

-------------------------------------------------

lens telah dijual kepada encik faizal dari kuala terengganu. terima kasih:)

Wednesday, February 16, 2011

Nikkor AF 28-200mm G ED f3.5-5.6

satu lens seperti di atas untuk dijual. condition lens sgt baik. zoom barrel masih seperti asal, tiada calar / fungus pada lens tersebut.

pakej termasuk; lens, cap depan dan belakang, hood, kotak asal.
harga; rm1100

-lens;keadaan asal


lens; zoom


28mm-wide
200mm-tele-zoom.

dengan jarak fokus yang sangat luas, lens ini adalah amat sesuai untuk menjadi lens "travel" untuk anda pasangkan di kamera anda sepanjang percutian anda. dengan saiznya yang kecildengan jarak fokus 200mm, ia juga sesuai utk digunakan sebagai "candid" lens, sesuai untuk mengambil gambar subjek tanpa disedari subjek itu sendiri.

lens ini adalah lens FX, atau "full frame" lens. ia sesuai digunakan pada kamera full frame seperti nikon d700 dan d3x, d3s mahupun d3. namun begitu, ia juga amat sesuai digunakan pada kamera DX seperti d90, d7000,d80,d70s,d70, dll.

lens ini tidak mempunya focusing motor, maka ia hanya dapat fokus pada body kamera yang mempunyai autofocus motor (d80,d70s,d70,d90,d7000,d300,d300s,d700,dll)

beberapa keping gambar yang diambil dengan lens ini pada dx body (d90), tanpa sebarang editing.

-lens yang mempunyai "color rendition' yang sangat baik


-walau hanya dengan f3.5,ia masih mampu menghasilkan bokeh



-Wide angle



-pada jarak zoom 200mm, ia juga mampu menghasilkan gambar macro, seperti pada gambar ini yang langsung tidak diedit/crop




Lens traded! Terima kasih! :D